Jul 31, 2012

Iftar With The Scarflets Hosted By Sunsilk Pt 1

{ Al Halabi Lounge, JW Marriot Hotel . 28th July 2012 }


“ This is what we call love. When you are loved, you can do anything in creation. When you are loved, there's no need at all to understand what's happening, because everything happens within you.” 
Paulo Coelho, The Alchemist



 Sabtu lepas saya menghadiri majlis iftar bersama The Scarflets dan Sunsilk. Majlis bermula pukul 6.30 petang dan berakhir pukul 10 malam. Mula-mula sampai di JW Marriot Hotel tu nervous gila...al maklumlah pertama, sebab saya pergi seorang, kedua, kebanyakan yang datang tu blogger-blogger yang terkenal seperti Yuyu Zulaikha, Sheril Sheridan, Atikah Uyun, Shahirah Elaiza dan Emmy Zuraihan. Sampai sahaja di Al- Halabi Lounge tu, mata berpinar-pinar kejap. Masya Allah...cantiknya lounge ni. Lighting pun sangat romantik. Kemudian saya disambut oleh pihak Sunsilk yang sangat friendly. Seterusnya saya diminta untuk bergambar dengan photographer dan mereka bertanya apa signature outfit saya haritu. Saya pun jawab maybe cincin saya kot..belasah je..nervous punya pasal..hehe. Kemudian pihak Sunsilk snap gambar cincin saya tu menggunakan Instax Fujifilm untuk sesi Polaroid. Saya lihat kebanyakan blogger-blogger dah pun sampai. Duduk je terus perkenalkan diri kepada blogger-blogger. Tak tau kenapa nervous saya terus hilang bila berkenalan dengan diorang ni. Semua kepala otak gila-gila dan sangat friendly. 


 Lagi 10 minit sebelum berbuka puasa, pihak Sunsilk mengajak kami mengambil makan di ruangan Buffet. Banyak gila makanan sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Semuanya ala-ala Arab dan Western.Ada nasi arab, grilled lamb, dessert dan macam-macam lagi. Seronok betul berbuka beramai-ramai dengan blogger yang baru saya kenal. At least boleh merasa pengalaman baru :)


Kemudian majlis pun bermula dengan ucapan alu-aluan dari pihak Sunsilk..Seterusnya kami diminta berkongsi pendapat tentang masalah rambut yang biasa dihadapi oleh wanita yang berhijab. Saya paling suka bahagian sharing ni sebab masalah rambut wanita berhijab tak sama dengan wanita yang free hair. Sekurang-kurangnya perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada pihak Sunsilk untuk mempelbagaikan dan memperbaiki lagi mutu produk di masa akan datang. Selain daripada itu, kami ada sesi polaroid game dan suai kenal antara blogger dan pihak Sunsilk.

 The Scarflets juga tak lokek untuk berkongsi cara mereka  menggayakan hijab. Sesi hijab tutorial ni sangat seronok sebab kami semua belajar ala-ala santai. Boleh bertanya terus kalau tidak faham. Part paling menakutkan, bila kami diminta untuk menggayakan hijab mengikut tutorial yang mereka yang ajar sebelum tu..hehe. Nampak susah, tapi sebenarnya sangat mudah dan praktikal. Saya pun tak sabar nak mencuba sendiri gaya hijab yang mereka ajar tu di rumah.


Last but not least....akhirnya kami terpaksa berpisah. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sesi terakhir merupakan sesi bergambar. Malangnya saya tak bawa external flash haritu. Gambar banyak yang tak cantik. Sorry yer kawan-kawan. Walaupun saya bawak DSLR tapi disebabkan lighting lounge tu agak malap, kualiti gambar yang dihasilkan agak teruk. Anyway...terima kasih yang tak terhingga buat Sunsilk Malaysia kerana menganjurkan majlis Iftar seperti ini. Terus terang saya cakap..memang the best !!

p/s : Kepada rakan-rakan blogger Iftar Sunsilk ( Aina, Mediha. Isya, Iylia, Nana, Yuyu Zulaikha dan ramai lagi yang saya tak sebutkan di sini ), Love meeting all of you !!





Love,
LIZA RAZAK






Sahur + Bermain Ukulele di Epic Burger

{ Epic Burger Joint, USJ 9 Taipan . 28th July 2012 }


“ This is what we call love. When you are loved, you can do anything in creation. When you are loved, there's no need at all to understand what's happening, because everything happens within you.”
  Paulo Coelho,
The Alchemist


Jumaat malam Sabtu lepas kami lepak sahur di Epic Burger. Dah lama tak pekena grilled burger kan? Saya pernah cerita pasal Epic Burger ni dalam entry INI. Sebelum ini mereka berniaga di Seksyen 7, Shah Alam, sekarang mereka dah pindah ke USJ 9 Taipan. Sampai je kat sana, terkejut saya bila tengok menu mereka dah ada macam-macam. Meatballs pun ada....tapi saya tetap order double beef grilled burger diorang..memang terbaik !! Sekarang boleh tambah topping mushroom ataupun onion rings kat burger. Alang-alang order burger dah pukul 12 tengah malam, kami terus je sahur kat Epic Burger..


Selalunya kami akan melepak ramai-ramai sampai lah Epic Burger ni tutup. Selain dari borak-borak, kami akan main kad beramai-ramai. Tapi malam tu, saya bawak ukulele. Tapi saya main malu-malu je. Malu sebab tak pandai main lagi. Sudahnya saya suruh Mr Kudud jadi penghibur tak berbayar kitorang...hehe.


Kalau nak tau kenapa saya selalu melekat kat Epic Burger ni...kena lah cuba grilled burger diorang. Mesti rasa nak datang lagi...Owner pun friendly gila...serious tak tipu !! Kalau tipu..dosa tau...hehe



{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }




Love,
LIZA RAZAK






Jul 30, 2012

My Weekend In Instagram #16

“When you find your path, you must not be afraid. You need to have sufficient courage to make mistakes. Disappointment, defeat, and despair are the tools God uses to show us the way.”
  Paulo Coelho,
Brida


#Saturday . 28th July 2012
{ Al Halabi Lounge, JW Marriot Hotel }
Iftar With The Scarflets, Hosted By Sunsilk


Sabtu lepas saya dijemput oleh Sunsilk untuk menghadiri iftar bersama The Scarflets. Majlis bermula pada pukul 6.30 petang di Al Halabi Lounge, JW Marriot Hotel. Majlis ni merupakan closed event yang dihadiri lebih kurang 20 blogger. Paling best sebab saya dapat berjumpa blogger famous seperti Yuyu Zulaikha dan Shahirah Elaiza. Layanan dari Sunsilk memang kelasss dan terbaik!! Rasa dilayan seperti VIP pulak. Macam-macam aktiviti kami buat sepanjang majlis tersebut seperti sesi instax dengan Sunsilk, hijab tutorial dan macam-macam lagi. Kami siap boleh bawa balik gambar-gambar instax (gambar paling atas) yang disnap oleh pihak Sunsilk. Majlis berakhir pada pukul 10 malam. Itu pun rasa macam sekejap je sebab seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan blogger baru. Semuanya sporting dan friendly !! Dah la dapat makan buffet hotel yang super-sedap, lepas tu dapat goodie bag dari Sunsilk pulak. Dalam goodie bag tu ada 1 set shampoo, conditioner dan tudung bawal yang ditempah khas dari Old Blossom Box berwarna hijau. Memang double happy !! Details dan gambar-gambar nanti saya update untuk next entry ok?  :)



 { Market @ Jaya One }


Balik je dari Iftar bersama The Scarflets, saya dan Mr Kudud rushing pulak ke Jaya One untuk meninjau-ninjau Market @ Jaya One. Memandangkan kami sampai lewat, ada booth yang dah ditutup. Sempat juga saya singgah di booth Nana Mahazan dan Aishah Sinclair ( Bhumi Batik ). Window shopping pun sekejap je sebab saya memang letih sangat. Tapi sempat juga grab top satin leopard print dari Miccaz. Tak sabar nak gayakan di #MeetUpBerbuka Instajaya minggu depan :) Itulah dia cerita weekend saya. Bagaimana dengan weekend korang. Mesti penuh dengan aktiviti shopping raya kan ?


p/s { All Photos Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }


Love,
LIZA RAZAK








Jul 26, 2012

Look Of The Day : Polka Fiesta

“I wear my sort of clothes to save me the trouble of deciding which clothes to wear.”
Katherine Hepburn



What I Wore
Turquoise Shawl, Zara
Puff Blazer, Zero To Ten
Fuchsia Tunic, Topshop
 Ethnic Bangles, Diva
Oversized Faux Snake Skin Clutch, Sportsgirl
Polka Dot Palazzo Pants, Topshop
Sneakers, Skechers







Love,
LIZA RAZAK





Budak-Budak Nakal Tapi Cute

“It's the possibility of having a dream come true that makes life interesting.”
Paulo Coelho,
Alchemist



 Kalau kita sayang kucing...percaya tak kucing yang kita sayang tu akan sayang balik pada kita ? Tak percaya tengoklah gambar-gambar ni semua. Kucing pun pandai jugak tunjukkan kasih sayang dia tapi dengan cara mereka tersendiri


 Contohnya macam Cooter dan Cici saya ni. Mereka ni nakal gila. Tiap-tiap hari rumah bersepah dikerjakan mereka. Kadang-kadang saya bising jugak sebab tak larat nak mengemas rumah 2-3 kali sehari. Tapi bila mereka buat muka kesian, terus tak sampai hati nak marah....hehe. Bila malam pulak...berebut-rebut tidur atas katil sampai saya dan Mr Kudud terpaksa tidur bersempit-sempit..hehe. Kalau tidur sampai pagi tak per jugak, kadang-kadang tu kitorang terjaga pasal si Cooter dan si Cici ni berlari atas katil...hadoi..susah betul nak tidur !!


Diorang ni la pengubat sunyi kami berdua. Seronok betul....riuh rendah rumah tengok gelagat Cooter dan Cici. Boleh terbahak-bahak gelak tengok diorang ni main sebab Cici ni pak lawak rumah kami...perangai macam badut..hehe. Tiap-tiap kali Mr Kudud balik dari kerja, dia mesti cari anak-anak kucing die dulu. Lepas dah puas main dengan budak-budak ni baru dia borak-borak dengan saya.. pilih kasih kan?? haih~~ Patutlah diorang naik lemak sebab Mr Kudud manjakan diorang sangat..hehe. Raya tahun ni kereta saya mesti penuh sebab kena bawak 2 ekor kucing dan 1 ekor burung balik raya...korang pernah tak balik raya dengan kucing dan burung ?? Pelik tapi happening  !!


p/s : { Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }


Love,
LIZA RAZAK





Jul 25, 2012

WW : Gaya Urban-Retro Untuk Ke Bazaar Ramadhan

♫ Seasons - Chris Cornell

“We can never judge the lives of others, because each person knows only their own pain and renunciation. It's one thing to feel that you are on the right path, but it's another to think that yours is the only path.” 
Paulo Coelho

{ Picture Taken From Instagram. Follow Me : pypylamb }


#instajaya #bazaar  #ramadhan #iftar #photooftheday #igmalaysia #wordlesswednesday
 #blogger #cacatotak #hijabers #retro #sunnies #red #nomakeup #fareeda




Love,
LIZA RAZAK






Jul 20, 2012

Look Of The Day : The Golden Touch


"Don’t be into trends. Don’t make fashion own you, but you decide what you are, what you want to express by the way you dress and the way you live."
Gianni Versace





Crumpled Shawl, Cotton On
Animal Print Chiffon Cardigan, F Block
The Geometry Long Necklace, Pypy Lamb Studio
Boho-Frilled Sling Bag, This & That
Mustard Yellow Maxi Skirt, Rina Salleh Collection
Ribbon Flats, Topshop








Love,
LIZA RAZAK





Jul 19, 2012

My Weekend In Instagr.am #15


 #Saturday . 30th June 2012
{ Carl's Jr, Midvalley Megamall }


Dah lama tak update entry My Weekend In Instagram ni kan..Sebenarnya weekend saya sekarang banyak dihabiskan kat rumah. Keluar pun sekejap-sekejap je. Sekali sekala duduk lepak kat rumah sambil layan DVD pun best jugak kan. Tak ada sapa nak larang mandi lambat ke..makan 15 kali satu hari ke..ikut suka hati..hehe

2 minggu lepas kawan kepada adik saya datang lepak kat rumah. Nama dia Nani...Walaupun dia cuma kawan adik saya tapi kami agak rapat. Saya selalu kacau dia kat Twitter. hehe. So bila dia datang ni haruslah lepak ramai-ramai kan. Kitorang lepak berempat...saya, Mr Kudud, tunang adik saya, Tqah dan Nani. So kitorang decide pergi makan kat Carl's Jr Midvalley Megamall. Dia teringin nak makan katanya. Saya dan Mr Kudud memang noob gila pasal Carl's Jr. Tak pernah makan kot...hampeh. Datang Midvalley beribu-ribu kali, tapi tak pernah pun nak makan kat sana. Bila dah sampai, saya suruh je Nani dan Tqah  tolong orderkan. Sedap tahap melampau rupanya Carls's Jr ni. Sedap sehingga menjilat ibu kaki katanya. Burger dia besar sangat..tapi saya berjaya habiskan semua dengan fries sekali ! Perut besar la katakan...mestilah muat..hehe.

{ Machines, Midvalley Megamall }


Habis je mencekik kat Carl's Jr kami jalan-jalan kat dalam Midvalley tu...Nampak Machines terus masuk. Habis semua Macbook kitorang camwhoring. Tak percaya tengok gambar-gambar di atas... Anyway thank you Nani belanja kitorang makan. Jasamu di kenang...hehe



#Sunday . 8th July 2012
{ Kepong }


Weekend ni pulak..kami overnight kat rumah kawan di Kepong. Kitorang suka lepak rumah kawan kitorang ni sebab condo diorang ada banyak benda best. Mr Kudud suka swimming kat pool dan saya pulak suka karaoke kat bilik karaoke lobby condo tu. Sejam RM 5 sahaja. Murah kan? Best gila facility condo ni ..selain dari bilik karaoke dan swimming pool, ada mini theather, gym dan library jugak. Waktu siang kami melalak sampai 3 jam...malam pulak kami swimming ramai-ramai..memang happening!!  Sekali-sekala buat aktiviti macam ni dengan kawan-kawan lagi best dari menghabiskan duit kat shopping mall..hehe


{ Pictures Taken From Instagram. Follow Me : pypylamb }




Love,
LIZA RAZAK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...