Apr 24, 2013

WW : Pre-Loved DKNY Handbag For Sale


{ Wordless Wednesday }


image


Pre Loved Authentic DKNY Handbag For Sale. Excellent condition. Original DKNY dustbag included. Price negotiable. Rarely use. This month saya nak clearkan wardrobe especially handbag yang saya tak guna. So ini handbag pertama yang saya nak let go. Original price was RM 600++. Saya nak jual dalam RM 250. Harga boleh kurang lagi..jangan risau :) Material canvas (body) & genuine leather.

Measurement :
Width : 24cm, Height 17cm

Berminat ?
email saya :
pypylambstudio@yahoo.com

ataupun wechat saya:
ID : liza_pypylamb
(type message : ' DKNY Handbag' masa nak add saya)



Love,
LIZA RAZAK




Apr 23, 2013

Look Of The Day : Tribalize

"I have always believed that fashion was not only to make women more beautiful, but also to reassure them, give them confidence " 
Yves Saint Laurent 

image

Tribal Knit Shawl, H&M | Angela Maxi Dress, The Poplook | Tribal Belt, Flea Market
OP Art Sateen Lindsey Satchel, Coach | Flats, H&M



Love,
LIZA RAZAK





Apr 22, 2013

Keek With Iman & Insyirah

Seronok sekali-sekala dapat spend time dengan anak buah kesayangan saya dan Mr Kudud ni. Selalu bila saya ajak camwhoring dan record video bukan main pemalu lagi diorang ni. Mesti tak mau punya. Tapi 2 minggu lepas masa saya datang ke rumah abang ipar saya di Subang Bestari, diorang punya excited bergambar dan record video. Yang kakak nama Iman, sudah darjah 3 dan yang adik pulak nama Insyirah, darjah 2. Iman ni memang bijak dan pandai melukis, tak padan dengan umur dia. Insyirah, si adik pandai menari dan kaki lawak. Kitorang selalu gelak guling-guling bila dia tengok keletah dia. Anyway jom layan gambar-gambar Instagram & video keek kami :)

Apr 19, 2013

Look Of The Day : Red In Action


" Style is a way to say who you are without having to speak."
Rachel Zoe

image

Shawl, H&M | Multi-Coloured Tiered Necklace, Vincci Accessories | Glitter Red Cardigan, Forever 21
Houndstooth Skinny Pants, Uniqlo | Black Top, Cats Whiskers | Red Pumps, Flea Market | OP Art Sateen Lindsey Satchel, Coach





Love,
LIZA RAZAK

Apr 18, 2013

Makeup Review : MAC Russian Red Matte Lipstick

Back in 1990, MAC Russian Red lipstick was Madonna's signature color for her Blonde Ambition tour.  It has been a staple classic red lipstick for many celebrities and makeup artists since then and has a cult type of following, making it one of MAC's best selling shades.  Some celebrities that reportedly have worn Russian Red:  Dita Von Teese, Kim Kardashian, Gwen Stefani, Angelina Jolie, Christina Hendricks, Scarlett Johannson, Christina Aguilera and Anne Hathaway in The Devil Wears Prada.


Kalau ada sesiapa yang selalu tengok Instagram dan Keek saya pasti perasan yang saya selalu upload gambar dan video saya memakai lipstick warna merah. Sekarang ni saya addicted sangat dengan lipstick warna merah. Dulu penakut juga nak mencuba, takut tak sesuai dengan rupa dan kulit saya. Tapi bila dah cuba sendiri kat MAC, terus jatuh cinta! Kalau sebut pasal red matte lipstick ni, selalunya sinonim dengan jenama MAC. Memang tak dapat dinafikan, untuk matte lipstick ni, MAC memang antara yang terbaik kalau nak dibandingkan dengan brand lain yang seangkatan dengannya.


Pro's :
1. Warna merah Russian Red ni sangat klasik. Celebrity Hollywood pun pakai MAC Russian Red ni
2- Tekstur Matte & Tahan Lama (Pakai berjam-jam pun susah nak hilang warnanya. Jangan risau kalau makan & minum)
3- Sesuai untuk semua warna kulit
4- Kesan dramatik pada wajah

Con's :
1- Tekstur agak kering
2- Kurang sesuai untuk bibir yang terlampau kering dan merekah
3- Kurang praktikal untuk 'daily use'

Tips :
1- Untuk bibir kering, scrub bibir dulu (boleh guna campuran gula dan minyak zaitun) Kemudian pakai lip balm
2- Guna lipliner yang sama warna dengan lipstick supaya lipstick tak comot 'bleed'
3- Untuk lebih tahan lama, buat satu lapisan dengan menggunakan lip brush, kemudian tekapkan dengan tisu dan sapukan satu lapisan lagi. Lip primer pun boleh digunakan untuk menjaga bibir dari kering
4- Pakai mekap yang simple dan minimum pada mata dan pipi. Fokus yang penting pada bibir :)
5- Untuk gaya vintage, korang boleh cuba trick 'winged black eyeliner' pada mata

Lipstick ni jugak mendapat sambutan dan review yang baik dari MakeupAlley. Paling penting sebelum kita membeli mana-mana produk mekap yang baru, sebaik-baiknya kita baca review daripada blog ataupun website yang boleh dipercayai (bukan sponsored entry). Tak kisahlah berapa pun harga produk yang kita nak beli tu, sama ada murah ataupun mahal, mesti kita nak beli yang memuaskan hati kan?



Ini merupakan cara saya memakai MAC Red Russian ni..kalau tak nak nampak 'too much' pakai mekap simple pada mata dan pipi. Mula-mula rasa kekok jugak, tapi lama-lama saya dah biasa dan rasa nampak classic especially bila dipadankan dengan baju berwarna hitam. Yang penting kena berani!



Ini pulak Keek saya memakai MAC Russian Red ni :)




Harga Retail MAC Russian Red : RM 68
(Lipstick ni memang bestselling dan boleh didapati di semua cawangan MAC Cosmetics)


Rating : 4.5/5
Repurchase? : YES!!!!



Love,
LIZA RAZAK

Apr 17, 2013

WW : Happy Birthday Mak


My mother was the most beautiful woman I ever saw. All I am I owe to my mother. I attribute all my success in life to the moral, intellectual and physical education I received from her.
George Washington 



Happy Birthday Mak...You & Abah Are The Best I've Ever Had :)
17.04.1955



Love,
LIZA RAZAK




Apr 16, 2013

Follow Me On Keek & Wechat




Sekarang ni sana-sini cerita pasal Keek dan Wechat. Saya pun tak nak ketinggalan jugak...Hehe. Mula-mula rasa kekok jugak upload video sendiri kat Keek tapi lama-lama addicted la pulak. Saya baru je seminggu aktif. Keek ni saya akan gunakan untuk upload video personal, cerita pasal haiwan peliharaan saya dan makeup short review. Setiap minggu saya akan update review tentang produk makeup yang saya selalu guna dan produk-produk kecantikkan lain. Sharing is caring kan?

Kawan-kawan yang ada account Keek ni jom follow saya ! Korang juga boleh tinggalkan Keek Username di dalam ruangan komen entry ni. Nanti saya follow ok?

Ini username saya : LizaPypyLamb
http://keek.com/LizaPypyLamb




Korang jugak boleh add saya di Wechat. Tapi saya hanya akan approve perempuan sahaja yer.. boleh scan QR Name Card saya di atas ataupun search Wechat ID saya.

Wechat ID : liza_pypylamb



Love,
LIZA RAZAK


Look Of The Day : Pastel In The Making



"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she combs her hair. The beauty of a woman is seen in her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where love resides. True beauty in a woman is reflected in her soul. It’s the caring that she lovingly gives, the passion that she shows & the beauty of a woman only grows with passing years."
Audrey Hepburn




Polka Dot Shawl, F Block |  Crop Top, F Block | Baby Blue Skinny Pant, Cotton On
Op Art Sateen Lindsey Satchel, Coach | Pink Sneakers, Lacoste



Love,
LIZA RAZAK

Apr 15, 2013

Terharu


Haa...entry basi lagi...hehe. Dah terperam dalam draft lama gile tapi saya publishkan jugak sebab nak ucapkan terima kasih kepada Mr Kudud, Abah & Mak saya sebab bagi hadiah birthday paling awesome tahun ni..Alhamdulillah. Sepatutnya hadiah saya ni 3 je ( Jam G-Shock, Urban Decay Naked 2 & Loket Emas) tapi disebabkan Iphone saya rosak maka Mr Kudud gantikan dengan Ipad Mini. Tak pasal-pasal kan...Iphone tu hujung bulan baru boleh repair..saya memang tak akan beli Iphone baru sebab Iphone tu saya sayang gile walaupun dah buruk & outdated...hehe. Anyway sorry sangat saya jarang update blog kebelakangan ni. Nanti saya cuba update macam selalu kalau ada masa. Tapi saya masih aktif di Twitter, Instagram dan yang terbaru Keek. Nanti follow lah saya di Keek. Username saya : LizaPypyLamb




Love,
LIZA RAZAK






Apr 4, 2013

Makeup Review : Urban Decay Naked 2


APA KATA URBAN DECAY ?

" The most anticipated sequel of the decade. Naked2 has 12 pigment-rich, taupe and greige neutral eyeshadows. Our palette proves once again, neutral is anything but boring, (and is downright sexy when worn Naked). Feast your eyes on our shades ranging from pale to deep, matte to sparkly. This collection lets you achieve lots of neutral looks, smoky dramatic eyes, and everything in between. Let's just say there's a whole new way to get Naked!

The case has an art-school inspired look with hinged lid – taupe metal with embossed chocolate brown artwork. It's smooth, modern and cool to the touch – a real tactile experience. Plus, our palette also features a travel-size Lip Junkie Lipgloss in Naked, AND a double-ended, cruelty-free Good Karma Shadow/Crease Brush (available only in this palette). Any self-respecting makeup lover will have to have both palettes to get their complete neutral fix!"



JENIS MATA SAYA :
Sensitif, berminyak dan selalu cepat berair


APA KATA SAYA ?

Alhamdulillah...akhirnya berjaya jugak saya dapat one of my wishlist nak beli Naked 2 Eyeshadow Palette ni. Dah berbulan-bulan jugak asyik mengintai Naked 2 ni kat Sephora. Nasib baik Mr Kudud baik hati nak belikan palette ni sebagai hadiah birthday no 2..hehe. Rasanya ramai yang dah tau pasal eyeshadow yang glamour gila ni. Sampai saya pun terpengaruh jugak. Naked 2 mula dijual selepas kejayaan penjualan Naked yang ada di pasaran sebelum ni. Ada beberapa pembaharuan seperti case yang lebih praktikal dan penambahan warna-warna baru yang lebih natural. Tapi Naked 2 masih mengekalkan warna trademarknya iaitu half baked. Bayangkan kalau baca review pasal Naked 2 ni...ramai yang review kata best. Kenapa best?...meh sini saya nak review sendiri.

Apa yang saya boleh katakan tentang eyeshadow ni..warna-warna sangat praktikal, natural dan highly pigmented. Sesuai dipakai siang dan malam. Tak payah nak letak banyak-banyak. Kalau pakai eye-primer dulu sebelum pakai eyeshadow lebih bagus supaya tahan lebih lama. Eyeshadow ni ada 2 jenis..matte dan shimmer. Korang boleH mix and match untuk hasil yang korang inginkan. Kalau nak pakai pergi kerja..korang boleh pakai jenis matte, kalau nak dating waktu malam, boleh guna jenis shimmer untuk nampak glam. Walaupun agak mahal, tapi saya rasa eyeshadow ni berbaloi untuk dibeli untuk mereka yang sukakan eyeshadow natural dan smokey. Saya lebih sukakan eyeshadow warna sebegini sebab saya rasa janggal kalau pakai eyeshadow warna-warna bold seperti biru, hijau dan purple. Packaging Naked 2 ni disertakan dengan double-ended Good Karma shadow/crease brush dan Lip Junkie lip gloss. Wahh.. 3 in 1 gitu. Walaupun eyeshadow brush ini free...tapi kualiti memang best dan yang paling penting cruelty-free.


Jom tengok warna-warna eyeshadow Naked 2 ni.


KOD WARNA (Dari Kiri) :
1. Foxy | 2.Half Baked | 3.Bootycall | 4.Chopper


KOD WARNA (Dari Kiri) :
5.Tease | 6.Snakebite | 7.Suspect | 8.Pistol


KOD WARNA (Dari Kiri) :
9.Verve | 10.YDK | 11.Busted | 12.Blackout


" Get hooked on shine, without the sticky hangover. Lip Junkie features a soft, luxe texture, stay-put shades and tastes like wedding mints. Addicted yet? " - Urban Decay


Bercerita pasal lip gloss pulak...mula-mula saya ingatkan lip gloss ni macam biasa yang saya pakai. Tekstur nya agak pekat tetapi licin apabila dipakai. Bila disapukan pada bibir, ada rasa mint dan chocolate sedikit. Bau pun sangat sedap. Rasa macam nak makan pun ada jugak. Super glossy dan saya sangat rekemen untuk sesiapa yang inginkan bibir 'plump'. Lip gloss ni boleh dipakai begitu sahaja ataupun dipakai di atas lipstik matte. Paling kagum...lip gloss ni tahan lama walaupun saya dah makan dan minum dan tahan berjam-jam. Kalau dah habis nanti, confirm saya akan repeat beli lagi


Ini contoh/cara saya pakai eyeshadow Naked 2 ni..muka saya memang tak pakai apa-apa..cuma pakai eye primer dan Naked 2 sahaja pada mata. Malas pulak nak tempek foundation dan powder kat muka. Terserlah muka tak flawless di situ...hehe. Saya guna FOXY untuk highlight, HALF BAKED untuk upper crease, SNAKE BITE untuk crease dan YDK untuk eyelid.


Sebenarnya ada bermacam-macam cara untuk pakai eye shadow ni. Paling senang boleh tengok tutorial kat Youtube. Yang penting kena selalu praktis dan kreatif !


PROS :
Warna natural dan praktikal
Free gift - double-ended brush + lip gloss and plumper
2 jenis eyeshadow - matte + shimmer
Senang dipakai
Tahan lama
Tekstur licin apabila dipakai
Versatile - Boleh dipakai siang dan malam 
Packaging menarik ala-ala art-school inspired look

CONS :
Shimmer senang jatuh di muka
Sesetengah eye shadow senang 'crease' bila dipakai beberapa jam

TIPS :
Untuk lebih tahan lama, guna eye-primer
Sapu sedikit loose powder di bawah mata, supaya bila ada shimmer jatuh di bawah mata, boleh disapu dengan fan brush
Be Creative. korang boleh combine warna-warna Naked 2 ni dengan eyeshadow yang sedia ada. Tak membazir kan?


Korang boleh baca review di Makeup Alley untuk detail yang lebih lanjut :
Klik SINI



Harga Retail Urban Decay Naked 2 Palette :
RM 179 ( Eyeshadow : 12 x 1.3g | Lip Junkie : 3.23ml )

Boleh didapati di semua outlet Sephora



Rating : 4.5/5
Repurchase ? YES !




Love,
LIZA RAZAK





Apr 2, 2013

My 29th Birthday : Afternoon Tea at Harrods KLCC

{ Harrods KLCC . 30th March 2012 }


“Free again, but it's just a feeling; freedom is not the absence of commitments, but the ability to choose - and commit yourself to what is best for you.”
  Paulo Coelho, The Zahir



23 March merupakan tarikh hari lahir saya yang ke 29. Homai....lagi 1 tahun dah cecah 30 ! Ohhh...patutlah ada banyak kedut kat bawah mata :( Malam hari jadi saya tu, Mr Kudud bawa saya karaoke dan celebrate bersama-sama dengan kawan-kawan di Dataran Sunway, Kota Damansara. Sepatutnya Mr Kudud nak bawa saya celebrate keesokkan harinya tapi ada family matters dan kenduri-kendara yang lebih penting pada masa itu, makanya kami tangguhkan ke weekend lagi satu


Makanya Sabtu lepas Mr Kudud bawa saya ke Harrods KLCC untu celebrate birthday saya. Saya tak suka celebrate tiup lilin kat kek macam selalu tu. Cukup kalau makan tempat special...hehe. Kali ni Mr Kudud tukar tradisi...minum petang di Harrods ala-ala English style. Apa yang special tentang English Afternoon Tea di Harrods ni? Kami dihidangkan dengan Harrods Georgian Blend Tea dan 1 tray penuh dengan mini red velvet cupcakes, Lamington, Tiramisu Chocolate Cup dan beberapa jenis sandwich...yang paling penting ada favourite saya...SCONES + blueberry jam + strawberry jam + devonshire cream! Suasana dalam Harrods  memang elegan dan sangat klasik. Memang romantik kalau date kat sini. Lepas ni nak cuba dinner pulak kat sana. Thank you Mr Kudud sebab selalu buat saya happy and last but not least...thank you kawan-kawan yang wish birthday saya di facebook, sms, instagram & twitter :)





Love,
LIZA RAZAK






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...