May 9, 2014

Ke Redang Ke Kita? (Redang Lagoon Resort)





Entry Sambungan :


[ Redang Lagoon Resort . Day 2 . 5th March 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.

Cepat betul dah masuk hari Jumaat kan? Mesti ada yang dah tak sabar-sabar nak cuti weekend kan? Hehe...harini saya sambung balik cerita Redang ni..Banyak episod tau..tapi saya selang-selikan dengan cerita lain. nanti ada yang muntah hijau lak baca..hikhik

Hari kedua kami di Redang ni...kami banyak habiskan masa lepak-lepak, main air, snorkelling dan tidur. Best weh tido kat buaian gantung ni. Lepas tu kena pulak dengan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Syahdu bak hang....Snorkelling pagi tu call time pukul 9 pagi. Semua pergi kecuali saya dan beberapa rakan yang lain. Kena naik bot pergi Marine Park. Masa tu saya datang bulan pulak...tak berani nak naik bot, lepas tu basah-basah pulak balik dari snorkelling...oh man...nanti ada kebocoran kat atas bot..malu pulak. Sebab tu saya cancel pegi last minute.


Inilah rupa Redang Lagoon Resort yang kami duduk tu. Ada lagi resort yang mahal-mahal. Mampu dan tak mampu je la yer. Redang Lagoon Resort ni tak kurang bestnye jugak. Senyap sunyi je...tak bingit macam resort lain. Gambar atas ni merupakan dewan makan. Kami bayar ikut pakej (penginapan+makan minum+snorkelling+BBQ). Makan 5 kali sehari tau. Makan la sampai buntat sebab semuanya buffet. Malam tu kami makan BBQ. Setiap pakej memang disertakan BBQ satu kali. BBQ ni memang best sebab kita bakar sendiri. Seafood mentah dan makanan lain semuanya disediakan. Tinggal rajin dan tak rajin je membako seafood tu.


Di keliling resort ni ada banyak pokok-pokok besar. Kebanyakkannya ada buaian gantung. Kami selalu berebut nak baring dalam buaian tu..hehe. Pangkin pun ada disediakan..kot-kot nak lepak makan piknik ke kat situ.


Inilah rupa bilik kami. Ala-ala chalet tapi bilik-bilik ni bersambung secara memanjang. Ada tempat sidai baju dan balkoni. Sorry gambar bilik terlupa pulak nak snap...tapi selesa la jugak..cuma part privacy tu saya kurang berkenan sikit. Memandangkan dinding bilik-bilik ni semuanya diperbuat daripada kayu, seriau jugak la bila nak salin baju tu. Bayangkan jiran sebelah borak-borak pun kami boleh dengar. Ada setengah bilik kawan saya siap ada lubang kat dinding...oh man...rasa tak ada privacy betul. Lagi satu...tuala disediakan tapi sabun mandi dan shampoo tak ada.Apa kes? Tak pasal-pasal saya dan Mr Kudud kena merayap pegi resort sebelah cari kedai. Dah la mahal gila. Darurat punya pasal, hantam je la..Nasib baik bilik-bilik ada air cond, sejuk hati sikit..hehe.


Bila dah kenyang makan, apa lagi, masing-masing membuta sama ada kat bilik ataupun tidur atas buaian gantung ni. Petang tu, saya dan Mr Kudud tak tidur sebab kitorang ada plan jalan-jalan tepi pantai.


Acah-acah tidur...hehe


Member kitorang ni tak perasan pun kitorang curi-curi snap gambar dia tengah tidur. Saya rasa sampai sekarang pun dia tak perasan gambar ni...hehehehe


Nyenyak betul encik YB ni tidur..


Adik ipar saya ni pun sama gak...memanjang tak lekang dengan buaian gantung ni. 
Ye la...kat KL mana nak dapat tidur macam ni..yer dak?


Gambar-gambar kat bawah ni saya snap guna camera Gopro. Leceh jugak nak mengangkut DSLR saya tu merata sebab risau kena air laut. Dah la besar gedabak..leceh betul. Gopro ni senang sebab tahan lasak, kalis air dan saiz kecik. Simpan dalam poket pun boleh...hehe


Kalau pegi pulau macam ni, jangan lupa pakai sunblock yer. Saya pakai brand dari Yadah, Oh My Sun Block. Selesa sangat sebab sunblock ni jenis matte dan tak melekit. Berjasa jugak sunblock ni sebab kulit saya tak teruk sangat kena sunburn.


Inilah pangkin yang saya cakap tu..malam-malam lepak atas pangkin ni memang layan. 
Tak percaya nanti pergi sini, silalah cuba.


Punyalah cantik air laut kat Redang ni. Biru je...saya rasa pakai kamera murah pun gambar nampak cantik. Tak payah nak pakai apps Camera 360 segala tu.


Petang tu, kami main bola tampar. Mula-mula kami main sesama sendiri je. Lepas tu ramai pulak geng-geng dari resort lain nak join sama. Orang putih pun ada join sekaki. Gasaklah korang main sampai berpuluh-puluh orang. Saya tukang tengok dan gelak je....hehe


Main bola tampar atas pasir pantai ni memang mencabar betul. Nak pulak pasir kat Redang ni kemain halus betul. Pijak sikit dah tenggelam kaki. Berapa ramai haritu jatuh tergolek atas pasir...Kitorang tak kesian pun, gelakkan lagi adalah...hehe. Masa tu rasa seronok je tengok diorang main. Padahal ada yang tak kenal sesama sendiri. Tapi ngam je bila main bola tampar sama-sama.


Cerita hari kedua ni belum berakhir lagi tau. Ado banyak lagi. Tengoklah esok kalau saya tak pergi mana-mana saya update lagi ok? Kalau tak rajin, jawabnya minggu depanlah saya update ok?





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

10 comments:

Unknown said...

serius memang cantik..
sis nanti jangan lupa apdet harga pakej..terasa2 dah ni nak pegi..

sitirohaida said...

Bestnya..csntik pemandangannya..

Unknown said...

Bestnya...;)

Jari Manis said...

boleh tidur atas buai tepi pantai pastu dengna agin laut mmg syiok lah kan heeee

Unknown said...

seriously nak kn g bercuti jugak ni...gaaaa #airliurmeleleh

Unknown said...

bestnyaa tengok pantai.. geram tengok air laut..>_<

Zura said...

pasir dia putih mcm tepung kan

Sha said...

waa best ni klau dapat bercuti gini...relaks minda relaks fizikal..

Yana Yani said...

cantiknya redang! tak penah sampai lagi
tak cite pun berapa harga pakej, senang nak budget kalau paln ke sini =)

ellynadyra said...

seriau la plak bilik ada lubang
alamak nak projek pun tak senang la nanti malam2 hahahahhahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...